..:: Sekolah Menengah 1 ::..

Posted on Sunday 9 October 2005

kembali menyambung study….lepas abis je UPSR dgn keputusan yang tak seberape, aku melanjutkan pelajaran kat SEKOLAH MENENGAH TENGKU TEMENGGONG AHMAD, Kundang Ulu, Muar Johor…sekolah nie terletak kat pekan aku gak…hehehe…org tak pandai,tak ble sekolah jauh2…Masuk je form 1,makin ramai kenalan aku jumpe…ye laa…8 buah sekolah rendah bergabung masuk satu sekolah…mesti laa ramai…kiteorg semua dibahagikan kelas mengikut gred keputusan UPSR…Aku bernasib baik sebab dapat masuk kelas 1…(kelas paling ok kot)…kat sini,kenalan aku lagi ramai,sebab,bercampur2 ngan bebudak sekolah lain…Mula2 mmg segan sket,sebab,peratus budak sekolah rendah aku paling sikit dalam kelas tu…tapi,lelame,ok laa…siap over lagi tu…hehehehe…Aku memang rapat gile ngan sorg member aku nie…name dia MOHD SHAHRIZALB. MOHD ABAS…Boleh kate,setiap hari,kiteorg pegi VICOM (tempat aku surf internet dulu)…main gem,chatting ngan surf net)…walau camne sekalipun,kiteorg tetap pegi sane lepas waktu sekolah…time dekat nak exam,baru kiteorg blajar….kiteorg bertungkus lumus tuk PMR plak…so,kelas 1 nie jadi tumpuan sekolah laa…tapi tak termasuk aku…aku ni KIOK sket..hehehe…so,target aku biar wasatiah….4A4B je…huhuh…lepas abis je PMR,kiteorg pun merdekalaa….sasaran utama,VICOM sampai lebam…huhuhu…time result kluar,mmg cuaklaa…ade org dah call dulu..ade org cakap,aku nyer kantoi…sedih je mase nak amik…lepas je time slip tu…berderau darah…rase nak nagis je…tapi,kene laa cover…and Alhamdulillah,result aku cam ok,walaupun tak sehebat mane…aku dapat 5A2B1D…ade jugak D tu…Subjek sejarah….mmg pecah pale…tak ble bawa langsung…and 2B yang au dapat tu,bahase…adus…cam kene penyakit je bahase aku..tak ble dapat A plak…pepehalpun,aku bersyukur dapat result tu…lepas tu,kiteorg pun merancang nak mohon sekolah teknik sesame….borang semua aku yang amik…pastu isi sesame…lepas tu…. sambung Sekolah Menengah 2 plak… :)

Administrator @ 5:56 am
Filed under: Epin's Community
..:: Sekolah Rendah ::..

Posted on Sunday 9 October 2005

Bersambung cerita pasal study aku…pada tahun 1992 hingga 1998, aku menyambung pelajaran aku kat SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KUNDANG ULU, yang terletak kat pekan aku (mcm sambung kat oversea plak :p)…kat sini,aku berjumpa dengan kawan baru yang sememangnye best…First time datang tu,mmg takut laa…time tu aku kecik lagi…lepas je ayah aku balik ke umah, perasaan takut,sedih mula menyelubungi aku…tapi,aku tak menangisla…cume kluar air mate je… :P …aku datang ke sekolah awal,sebab ayah aku nak hantar mak aku gi keje…so,pukul 6 pagi dah siap2 tuk ke sekolah…sampai sekolah,aku kene tunggu pak guard buka pintu kelas, sebab kelas buka pukul 6.30 pagi…boleh kate,setiap hari aku datang first…(rajin tak aku) ..hehehe…mase aku darjah 1, ayah aku yang hantar aku ke sekolah…lepas darjah 2,aku dapat sebuat basikal BMX yang ayah aku hadiahkan sempena hari lahir aku yang ke 8…so,lepas tu je,aku mula mengayuh ke sekolah…jarak dari rumah aku takdela jauh sangat..cume 5 km je dari rumah aku…tapi,seronok pegi sekolah naik basikal…kalau kluar awal,sure kene kejar anjing mase lalu pekan sebab kat sane semua kaum cina yang duduk (majoriti) …nak ke tak nak,kene lalu jugak…hehehe…Kat sekolah nie, aku mula mengenal erti belajar sebenar…membaca,menulis,mengira mmg asas tuk belajar…asas nie,aku dah dapat mase kat TABIKA lagi,cume kat sini,aku explore lagi…aku belajar bertungkus lumus utk UPSR…(padahal memain je)… and keputusan tak sebagus akak aku….cume dapat 2A 3B…tapi,aku cukup berbangga dengan keputusan tu…hehehe…(bahasa aku dapatB…math n sains dapat A..adus..)…sekian sahaja utk sekolah rendah…bersambung kat sekolah menengah plak..

Administrator @ 3:10 am
Filed under: Epin's Community
..:: Tabika Kemas ::..

Posted on Sunday 9 October 2005

Biar aku cerita dari awal proses pembelajaran aku start aku dari kecik lagi…Bermulanya tahun 1991,ayah aku Arshad B. Ishak telah menghantar aku ke TABIKA KEMAS Kampung Parit Simpang,dimana ia terletak di kampung aku sendiri…kat sane,baru aku mengenal huruf, nombor dan kengkawan baru…Kalau nak ingatkan balik, memang seronok time kecik2 dulu…Banyak kenangan manis n pahit aku hadapi kat TABIKA tu…aku pegi TABIKA dengan jalan kaki je…sebab jarak dari rumah aku ke TABIKA tu cume 500m…Erm,lupe plak nak bagitau…Mase aku kat Tabika tu,Cikgu Khumasiah (Cikgu kat situ) melantik aku jadi KETUA KELAS…Bukan nak menunjuk or berbangga,tapi itu memang hakikatnya…kuikuikui…Sekarang,semua tinggal kenangan dalam hati nie… :( …okla…sambung cerita kat SEKOLAH RENDAH plak… :)

Administrator @ 2:44 am
Filed under: Epin's Community
..:: Assalamualaikum ::..

Posted on Sunday 9 October 2005

Pertama-tamanya,aku memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyempurnakan Blog aku sendiri…sebelum nie,aku handle blog kos aku yang tak seberape..Thanks kepada komuniti weblogcenter kerana banyak memberi tunjuk ajar terutamanya dalam membuat weblog versi wordpress…Blog ni akan diupdate secepat yang mungkin..sekian sahaja

wassalam

Administrator @ 2:02 am
Filed under: Epin's News